Wednesday, May 1, 2019

Untuk Pertama Kalinya 2017


2 September 2017
SERI MENANTI, KUALA PILAH: Satu perjumpaan  yang menghimpunkan seramai 201 orang anak cucu dan cicit waris Tok Dollah Ikan atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Rahman dan pasangan, Tiani Binti Badat telah diadakan pada hari Sabtu  2 September 2017 bersamaan 11 Zulhijjah 1438 Hijrah di Telapak Tanah Ibu Mengandung, Kg. Tengah, Seri Menanti. Abdullah bin Abdul Rahman mendapat gelaran Tok Dollah Ikan berikutan kemahirannya menangkap ikan sama ada menggunakan tangan atau dalam dialek Negeri Sembilan disebut ‘mengoca’ dan juga memancing ikan. Perjumpaan bersejarah yang julung kali diadakan ini turut diserikan dengan kehadiran YB ADUN Seri Menanti, Dato Abdul Samad Bin Ibrahim.
            Idea untuk mengadakan perjumpaan ini telah diusulkan oleh salah seorang ahli waris iaitu Pn. Faridah Binti Hussin bertepatan dengan niat untuk mengadakan ibadah korban bersama-sama ahli waris En. Kamarul Bin Hussin dan Buapak Suku Selemak Pahang, Tok Amar Pahlawan En. Madrus Bin Hussin.
            Sehubungan itu, satu mesyuarat penubuhan jawatankuasa pelaksana telah diadakan pada bulan Julai yang lalu semasa  di majlis perkahwinan salah seorang ahli waris di Kg. Lakai Simpang Durian. Pihak jawatankuasa waris telah bersetuju untuk mengumpulkan waris-waris daripada 5 anak arwah Tok Dollah Ikan iaitu Pn. Sapiah, Pn. Saadiah, Pn. Baiyah, Pn. Zainon dan Pn. Hasnah. Empat daripada anak-anak arwah Tok Dollah Ikan telah meninggal dunia kecuali Pn. Hasnah yang kini menetap di Kampung Lakai, Simpang Durian Negeri Sembilan.
            Majlis perjumpaan bermula seawal jam 7.00 pagi dengan acara penyembelihan lembu korban, sesi melapah dan pengagihan daging korban yang disempurnakan secara bergotong-royong sesama ahli waris. Pelbagai aktiviti turut disediakan termasuklah majlis tahlil arwah, alunan takbir dan zikir, acara sukaneka dan pertandingan karaoke. Pertandingan karaoke yang menjadi acara kemuncak telah dimenangi oleh Cik Haslinda Binti Mohd Nor dengan lagu nyanyian Ella, Kesal, dan juri untuk pertandingan karaoke ini adalah pencipta lagu kumpulan Putra Band ‘Tersiksa’ ciptaan seorang penulis lirik yang kian meningkat naik, Shafie Ghazali yang juga merupakan salah seorang ahli waris.
            Majlis berakhir dengan sesi ucapan semangat daripada wakil waris dan penyampaian sumbangan oleh YB Datok Abdul Samad Bin Ibrahim kepada anak arwah Tok Dollah Ikan yang masih hidup iaitu Pn. Hasnah Bin Abdullah. Adalah menjadi harapan semua ahli waris semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang di Kampung Lakai, Simpang Durian. 

No comments:

Post a Comment

Video Kenangan...

Bila tengok video video bawah ni... mesti kite tersenyum sendiri... tak caye... cube tengok...  pastu jgn lupe tinggalkan komen yek... ...

Search This Blog